7 Idea Bisnes sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer)

Di zaman media sosial yang serba canggih ini, kesedaran tentang pemasaran dan reka bentuk (design) profesional semakin meluas.

Justeru kerjaya sebagai seorang pereka grafik (graphic designer) sangat diperlukan oleh entiti bisnes kecil, industri kecil sederhana (SME) sehinggalah ke syarikat-syarikat korporat dan entiti kerajaan.

Jika anda bercadang untuk memulakan bisnes berasaskan rekabentuk grafik, berikut dikongsikan 7 idea bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang kecil;

.

1. Rekabentuk dan Cetakan Kad Bisnes (Business Card Design & Printing)

Perkara asas yang diperlukan oleh semua entiti bisnes atau organisasi adalah Kad Bisnes. Permintaan sentiasa ada dalam pasaran.

Idea untuk membezakan anda dengan pesaing yang lain adalah seperti;

a. Kualiti  reka bentuk. Ringkas dan profesional adalah pilihan yang baik.

b. Pilih niche yang mempunyai permintaan tinggi. Contohnya produk makanan.

c. Tawarkan harga diskaun untuk cetakan pukal.

Saya akan kongsikan rahsia mendapatkan perkhidmatan cetakan murah & berkualiti selepas idea kedua.

.

2. Rekabentuk dan Cetakan Flyer & Poster (Flyer & Poster Design & Printing)

Untuk offline marketing, setiap bisnes memerlukan flyer & poster untuk mempromosikan servis atau produk mereka.

Idea untuk membezakan anda dengan pesaing yang lain adalah seperti;

a. Kualiti  reka bentuk. Ringkas dan profesional adalah pilihan yang baik.

b. Bantu pelanggan untuk mereka bentuk flyer supaya tidak dibuang oleh bakal pelanggan. Yang ini perlu belajar ilmu marketing extra Tuan Faisal Abdullah daripada Nasihat Niaga.

c. Tawarkan harga diskaun untuk cetakan pukal.

Untuk mendapatkan harga cetakan yang murah dan hasil yang berkualiti, saya syorkan anda untuk buka akaun di portal cetakan E-Print & ACC Print. Anda boleh muat turun template yang disediakan di laman web mereka supaya mematuhi spesifikasi cetakan yang betul.

.

3. Rekabentuk dan Cetakan Kain Rentang (Banner Design & Printing)

Kain Rentang (Banner) & Bunting juga adalah medium pengiklanan yang sentiasa mendapat permintaan oleh bisnes & organisasi.

Antara perkara yang perlu diambil kira apabila menjalankan bisnes reka bentuk & cetakan kain rentang;

a. Saiz gambar daripada pelanggan perlu agak besar (high pixel) supaya hasil cetakan tidak pecah. Perlu ada kemahiran komunikasi yang baik dengan pelanggan untuk menerangkan perkara ini.

b. Tujuan cetakan kain rentang / bunting. Jika untuk pandangan jarak dekat perlu hasil cetakan pixel tinggi (mahal). Jika untuk pandangan jarak jauh, pixel yang agak rendah tidak mengapa (murah).

c. Untuk kedai cetakan, sila survey harga dan yang paling penting kemampuan kedai untuk memenuhi janji kerja siap kerana kebiasaannya tempahan kain rentang / bunting ini mempunyai tarikh tertentu.

.

4. Rekabentuk dan Cetakan Baju-T (T-Shirt Design & Printing)

Bisnes Baju-T (T-Shirt) adalah jenis bisnes yang akan terus subur kerana manusia memerlukan pakaian setiap masa.

Antara niche T-Shirt yang laku keras sepanjang tahun dalam pasaran adalah seperti;

a. Sukan

b. Islamik

c. Isu Semasa

d. Negeri

e. Politik

Untuk memulakan bisnes T-Shirt, saya syorkan anda belajar dengan pakar iaitu Tuan Ahmad Syafeeq, pemilik jenama T-Muslimeen yang sudah terlibat dalam industri sejak tahun 2008 lagi.

.

5. Rekabentuk Grafik Media Sosial (Social Media Graphic Design)

Dalam era media sosial ini, boleh dikatakan setiap bisnes wajib mempunyai akaun di laman seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan mereka bentuk grafik di laman sosial untuk tujuan Kesedaran Jenama (Brand Awareness), Pengiklanan (Ads) dan Kandungan (Content).

Pilih satu kategori sebagai pengkhususan bisnes anda.

.

6. Mendaftar sebagai Pereka Bebas (Freelance Designer)

Perkhidmatan anda tidak seharusnya terhad untuk digunakan di Malaysia sahaja.

Kini, ada banyak platform percuma untuk anda mendaftar sebagai Pereka Grafik Bebas (Freelance Graphic Designer) seperti:

a. Upwork

b. People per Hour

c. OnSite

d. Freelancer

e. Behance

Kebiasaannya, mendaftar di platform mereka adalah percuma. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berjaya memperoleh projek, akan ada peratusan tertentu ditolak sebagai cas servis. Sila rujuk terma & syarat sebelum mendaftar.

.

7. Pereka Laman Web (Web Designer)

Memiliki laman web sudah menjadi seperti keperluan bisnes di era teknologi maklumat ini.

Kewujudan portal seperti Mudah & Lazada membuktikan bagaimana laman web sudah memainkan peranan penting dalam model bisnes.

Membina laman web memerlukan dua displin kepakaran iaitu backend (Programming) dan front end (Graphic Design).

Sebagai pereka grafik (Graphic Designer), anda sudah mempunyai satu disiplin kepakaran. Hanya tinggal satu bahagian lagi saja untuk dipelajari dan anda sudah boleh membina laman web.

Jika anda berminat untuk mengetahui langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes laman web secara profesional dan menjana puluhan ribu ringgit secara sepenuh masa atau separuh masa, saya cadangkan untuk sertai program Website Coaching.

Akhir kata, saya doakan anda berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi. Buat sampai habis dan buat sehabis baik.

Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

Zhafran Zainuldin

Zhafran Zainuldin

Founder SolusiNiaga.com
Digital Content Entrepreneur

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

© 2018 Solusi Niaga . All Rights Reserved . Design by ZHAFRAN STUDIO