7 Idea Bisnes sebagai Suri Rumah

Hidup sebagai suri rumah memang memenatkan.

Kena masak, kemas rumah, basuh baju dan pelbagai lagi tugasan.

Tambahan pula kalau kena uruskan sampai 5, 6 orang anak, memang mengucap panjang dibuatnya.

Namun, kerana keperluan ekonomi yang mendesak, terkadang perlu ada juga bisnes sampingan yang dilakukan untuk menambah pendapatan keluarga.

Berikut dikongsikan 7 idea bisnes yang boleh dilakukan sebagai suri rumah:

.

1. Mengambil Tempahan Sarapan Pagi di kawasan rumah

Semua sedia maklum bahawa cabaran mereka yang bekerja di Lembah Klang (Klang Valley) ialah mereka perlu keluar kerja lebih awal untuk mengelak kesesakan trafik.

Situasi ini mengakibatkan rata-rata mereka tidak sempat menyediakan sarapan pagi dan hanya boleh bersarapan apabila telah sampai ke tempat kerja.

Suri rumah boleh menyediakan perkhidmatan tempahan sarapan ringkas seperti sandwich, nasi goreng, nasi lemak & kuih-muih yang dihantar ke sekitar kawasan rumah.

Langkah-langkah cadangan;

a. Edar flyers ringkas untuk iklan maklumat tempahan. Ambil bayaran penuh secara mingguan.

b. Beli bahan mentah mengikut kadar tempahan. Bangun awal untuk siapkan sarapan.

c.  Hantar mengikut tempahan setiap pagi.

.

2. Mengambil tempahan Kek, Roti & Brownies.

Untuk suri rumah yang mempunyai minat dalam bidang roti & pastri, permintaan sentiasa ada untuk makanan sarapan, snek ataupun majlis keraian seperti majlis hari lahir.

Banyak kelas-kelas demo masakan atau tutorial online yang boleh dirujuk bagi mempelajari teknik & resipi kek, roti atau brownies. Jika anda nak belajar membakar brownies berkedut & cara bisnes brownies, saya syorkan berjumpa dengan Puan Syakirin Ramli daripada Soomaya Delight untuk belajar.

Langkah-langkah cadangan;

a. Edar flyers ringkas, bina blog & akaun media sosial untuk iklan maklumat tempahan.

b. Ambil bayaran deposit 70% untuk tempahan dan baki 30% selepas siap.

c. Siapkan tempahan. Ambil gambar bersama klien, kumpul testimoni & upload di blog & media sosial.

.

3. Mengambil tempahan penghantaran makan malam

Untuk isteri yang bekerja, cabaran paling besar setelah pulang ke rumah ialah untuk menyediakan makan malam untuk keluarga. Dengan kepenatan mengharungi trafik atau menaiki pengangkutan awam, ditambah pula dengan ragam anak-anak, memang boleh perang dunia dibuatnya.

Suri rumah boleh menawarkan perkhidmatan tempahan makan malam yang dihantar ke sekitar kawasan rumah bagi menyelesaikan masalah ini.

Langkah-langkah cadangan;

a. Edar flyers ringkas untuk iklan maklumat tempahan. Bagus juga wujudkan niche menu makan malam sihat untuk mereka yang tengah diet.

b. Ambil bayaran penuh secara mingguan. Beli bahan mentah mengikut kadar tempahan.

c. Sediakan masakan selepas asar. Hantar mengikut tempahan selepas maghrib.

.

4. Menjadi Agen Dropship produk wanita atau keluarga

Ada banyak produk keperluan wanita dan keluarga yang sentiasa mendapat permintaan dalam pasaran.

Contohnya produk kesihatan & kecantikan (Pastikan ada kelulusan KKM), produk mainan kanak-kanak dan produk keperluan rumah.

Langkah-langkah menjadi Agen Dropship;

a. Daftar dengan pembekal produk.

b. Promosi & iklan produk mereka. Mulakan di medium percuma seperti group whatsapp & group facebook.

c. Pelanggan bayar harga penuh kepada anda. Anda akan membuat tempahan dengan harga kos kepada pembekal & pembekal akan pos/COD barang kepada pelanggan anda.

Untuk yang berminat jadi Agen Bantal Gebu Gebas boleh hubungi kawan saya, Puan Nastasha Nordin founder produk bantal LEYNA untuk join group power diorang.

Bagi yang nak jadi Agen Tudung & Nursing Blouse cantik-cantik boleh hubungi Puan Izzah Jasmon daripada CoupCas untuk mendaftar sebagai Dropshipper.

.

5. Buku Aktiviti (Busy Book) untuk anak kecil

Di zaman anak-anak ketagihan gajet ini, ibu bapa mencari-cari alternatif permainan atau aktiviti yang sihat dan boleh merangsang tumbesaran akal anak-anak.

Buku Aktiviti (Busy Book) adalah antara produk yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Langkah-langkah cadangan;

a. Bina blog & akaun media sosial untuk iklan maklumat tempahan. Upload gambar contoh produk.

b. Letak bayaran per muka surat. Ambil bayaran deposit 70% untuk tempahan dan baki 30% selepas siap.

c. Siapkan tempahan. Ambil gambar Buku Aktiviti (Busy Book), kumpul testimoni & upload di blog & media sosial.

.

6. Guru Mengaji al-Quran

Bagi suri rumah yang boleh membaca al-Quran dengan baik, anda boleh menambah pendapatan dan pahala sekaligus dengan membuka kelas mengaji al-Quran di kawasan rumah anda.

Untuk silibus yang terbukti berkesan, saya syorkan anda belajar dengan Ustaz Syukur Sapuan daripada Celik al-Quran. Beliau berpengalaman dalam mengajar al-Quran khusus kepada golongan dewasa.

Langkah-langkah cadangan;

a. Edar flyers ringkas untuk iklan maklumat tempahan. Ambil bayaran penuh secara bulanan.

b. Buat group whatsapp untuk saluran makluman tentang jadual kelas & lain-lain.

c.  Jalankan kelas mengikut jadual & silibus.

.

7. Mengambil Tempahan Jahitan Langsir.

Langsir adalah keperluan setiap rumah. Pasang langsir rumah baru, tukar langsir yang dah lama, tukar langsir sempena perayaan dan lain-lain.

Upah menjahit langsir lebih lumayan daripada upah menjahit baju.

Untuk belajar menjahit langsir dan bisnes langsir, saya syorkan anda belajar dengan Ustazah Sahida Said daripada al-Mujahid Trading. Boleh hubungi nombor 013-440 0212.

Saya doakan anda semua berjaya dalam bisnes yang diceburi, Insya Allah.

Zhafran Zainuldin

Zhafran Zainuldin

Founder SolusiNiaga.com
Digital Content Entrepreneur

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

© 2018 Solusi Niaga . All Rights Reserved . Design by ZHAFRAN STUDIO